Sunday, 20 November 2016

Hasil-hasil Daripada Barangan Yang Dikitar Semula

Hasil Daripada Kotak/Kertas:

Image result for hasil hasil daripada bahan kitar semulaImage result for hasil hasil daripada bahan kitar semulaRelated imageImage result for hasil hasil daripada bahan kitar semula

Hasil Daripada Botol dan Tin:

Image result for hasil hasil daripada bahan kitar semulaImage result for hasil hasil daripada bahan kitar semula
Image result for hasil hasil daripada bahan kitar semulaRelated image

5 idea kreatif dengan menggunakan botol
10 Idea Kreatif dari Botol Terpakai
DIY Desk Organizer

Kelebihan Mengamalkan Kitar Semula

kelebihan mengamalkan kitar semula:

1.  mengelakkan pencemaran alam sekitar.

Melalui program kitar semula, bahan-bahan buangan seperti kertas, kaca dan plastik akan dikumpulkan dan dihantar ke kilang kitar semula. Oleh itu, alam sekitar akan menjadi bersih kerana bahan buangan tidak dibuang sesuka hati ke dalam sungai, laut atau semak. Sesungguhnya, alam sekitar yang bersih akan menghindarkan kita daripada penyakit yang dibawa oleh nyamuk, lipas dan tikus.

2.  menambahkan pendapatan

Bahan--bahan buangan seperti plastik, kertas dan besi ada harganya di pasaran. Kita akan memperolehi wang apabila menjual barang-barang ini kepada pihak kilang kitar semula. Wang yang kita perolehi ini boleh digunakan untuk membeli barang-barang keperluan harian kita.

3.  memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. 


Antara nilai-nilai murni tersebut ialah berjimat cermat, bertanggungjawab dan mencintai alam sekitar. Melalui amalan berjimat cermat, kita akan menggunakan bekas plastik sehingga rosak dan tidak membazir. Melalui amalan bertanggungjawab pula, kita akan mengitar semula barangan yang boleh dikitar semula dan tidak akan membuangnya ke dalam semak atau ke dalam sungai.

4.  menjimatkan sumber alam yang semakin berkurangan. 


Dengan aktiviti kitar semula kertas-kertas lama, kita dapat mengelakkan penebangan pokok bagi menghasilkan kertas. Kitar semula besi buruk pula dapat mengelakkan logam besi cepat habis. Bagi bahan plastik pula, kita bukan sahaja dapat menjimatkan sumber untuk membuat bahan plastik tetapi kita juga dapat mengelakkan kesan buruk daripada bahan kimia yang dihasilkannya.

Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar



Logo SLAAS
Latar Belakang
Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar merupakan program usahasama Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program ini telah dilancarkan secara rasminya oleh YB Dato’ Sri Hj. Adenan Hj. Satem, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan YB Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Januari 2005.
Sekolah Lestari bertujuan membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dari segi aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan.
Hasrat Sekolah Lestari
Sekolah Lestari adalah satu usaha bagi melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara. Dasar Alam Sekitar Negara mempunyai lapan prinsip dan tujuh Srategi Hijau. Strategi Hijau yang pertama memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi kefahaman tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari, selaras dengan cadangan dalam Agenda 21.
Definisi Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar
Sekolah Lestari membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.
Objektif Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar
Sekolah Lestari dibentuk bagi mencapai objektif berikut:-
  1. Memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah
  2. Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
  3. Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan
  4. Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan pendidikan alam sekitar; dan
  5. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari
Komponen Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar
Sekolah Lestari merangkumi empat komponen iaitu:-
  1. Pengurusan
  2. Kurikulum
  3. Kokurikulum
  4. Penghijauan

Antara sekolah-sekolah yang dilantik sebagai Sekolah Lestari:

SMK LOKMAN HAKIM 


Antara aktiviti yang dijalankan oleh Skuad Lestari:

     

Friday, 18 November 2016

Sains, Teknologi dan Masyarakat: Laporan Program Kesedaran Alam Sekitar

Sains, Teknologi dan Masyarakat: Laporan Program Kesedaran Alam Sekitar: LAPORAN PROGRAM NAMA PELAJAR:                       Nurhazwani binti Hassim          PROGRAM:                                  8 PISMP ...

http://www.slideshare.net/cikgu_zainis/tugasan-mini-projek-sba-3033

Thursday, 17 November 2016

Berita Tentang Kitar Semula

BERITA 1

Kerajaan negeri Melaka pantau ketat inisiatif tanpa beg plastik - Exco

MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka memantau ketat inisiatif tanpa beg plastik setiap hari di negeri ini yang bermula 1 Januari dan akan melakukan pemantauan berkala terhadap seluruh premis jualan makanan, minuman serta barangan bagi memastikan inisiatif itu dilaksanakan dengan berkesan.

Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin berkata kompaun maksimum RM250 akan dikenakan terhadap peniaga yang gagal mematuhi penguatkuasaan berkenaan selepas notis peringatan diberikan pihak berkuasa terlibat.

"Kerajaan negeri telah berikan pelbagai hebahan, maklumat dan peluang yang cukup lama kepada peniaga untuk bersedia dengan amalan hijau yang cuba diterapkan dalam kalangan rakyat Melaka sejak lebih setahun lepas.

Usaha ini bukan untuk membebankan rakyat tetapi untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat serta membantu mengurangkan pencemaran melibatkan penggunaan plastik seterusnya mengekalkan kehijauan persekitaran yang kita ada sekarang," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Terdahulu beliau melakukan tinjauan terhadap penguatkuasaan inisiatif tanpa beg plastik setiap hari di sebuah pusat membeli belah di Peringgit di sini.

Md Yunos berkata hanya plastik jenis biodegrasi dibenarkan untuk digunakan dalam perniagaan di negeri ini dan peniaga seharusnya menyediakan plastik jenis itu kepada pelanggan mereka.

"Kita juga berharap rakyat yang ingin membeli barangan di pasar raya atau premis jualan membawa beg kitar semula mereka sebagai menyokong hasrat kerajaan ini," katanya.

Tinjauan Bernama di beberapa kawasan perniagaan di negeri ini mendapati terdapat pengguna tidak menyedari tentang penguatkuasaan yang mula dilaksanakan hari ini dan terpaksa membawa barangan yang dibeli tanpa beg plastik.

Nur Syahidah Sapee, 26, berkata perlaksanaan tanpa beg plastik sepenuhnya di negeri itu tidak menjadi masalah besar kerana ia telah mula diamalkan pada setiap hari Jumaat, Sabtu dah Ahad sejak setahun lepas.
"Ia nampak sukar untuk diamalkan tapi masyarakat perlu sedar tentang kepentingan Hari Tanpa Beg Plastik ini dan menyambut saranan Kerajaan Negeri Melaka," kata penjawat awam itu.

Mohd Salleh Abd Majid, 60, pula berkata penguatkuasaan itu membantu mengurangkan pencemaran alam namun peniaga diminta menyediakan alternatif lain antaranya beg kertas supaya pembeli dapat membawa barangan yang dibeli dengan mudah.

Sumber:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-negeri-melaka-pantau-ketat-inisiatif-tanpa-beg-plastik-exco-87673

BERITA 2

Kopi susu’, dicemari sampah

KUALA LUMPUR 17 Nov. -  Isu Sungai Klang dan Sungai Gombak yang kotor, busuk dan ibarat kopi susu terus menjadi topik bualan warga kota. Kedua-dua sungai berkenaan dilihat tidak lain daripada sebuah longkang besar, tiada sebarang pemandangan menarik disajikan selain sampah sarap memenuhi permukaan sungai yang mengalir lesu. Status projek Sungai Nadi Kehidupan atau River of Life (RoL) bertujuan mengubah wajah ke­dua-dua sungai utama di ibu negara itu yang merupakan sebahagian daripada Projek Greater Kuala Lumpur terus menjadi tanda ta­nya banyak pihak. Ini kerana projek yang turut meliputi kerja-kerja pembersihan sungai itu ibarat ‘indah khabar dari rupa’. Tinjauan Skuad Terjah di beberapa lokasi yang terlibat dalam projek RoL terutama dari koridor Sungai Gombak di Titiwangsa, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sime Darby, Dang Wangi, Raja Laut, Masjid Jamek, stesen kereta api, Brickfields, Kuala Lumpur Sentral dan Seputeh men­dapati sungai terus dicemari sisa buangan. Ini termasuk lambakan polisterina dan beg plastik yang di-hanyutkan arus Sungai Klang dan Sungai Gombak. Lebih mengecewakan dalam beberapa siri tinjauan selepas hujan di ibu negara turut mendapati kawasan-kawasan utama yang dipasang perangkap sampah seolah-olah tidak diselenggara. Ini termasuk di bawah jamba­tan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen Masjid Jamek. Diharap­kan projek RoL bukan sahaja mampu mengubah persekitaran wajah Kuala Lumpur, tetapi juga meningkatkan tahap kualiti air sungai. - See more at: 

sumber: https://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/8216-kopi-susu-8217-dicemari-sampah-1.408890#sthash.9kcX5Nxa.dpuf

Berita-berita lain:
Berita Alam Sekitar

Aktiviti Kitar Semula

AMALAN 3R DI RUMAH


Dengan mengamalkan 3R (pengurang, guna semula dan kitar semula), kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia. Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber terbatas”.

Sebagai contoh, jumlah minyak adalah terhad dimana daripadanya kita boleh buat plastik dan bijih aluminium bagi membuat tin minuman. Dengan mengamalkan 3R kita dapat menjimat sumber-sumber terbatas pada masa hadapan di samping dapat mengurangkan jumlah pembaziran dengan tip-tip yang berikutnya.

Reduce – Pengurangan
  1. Hanya beli apa yang diperlukan:Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan.
  2. Beli produk yang boleh diguna semula:
    Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula.
  3. Beli pencuci serbaguna:
    Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan.
  4. Beli barangan yang kurang bungkusan:
    Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas.
  5. Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan:
    Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan.
  6. Beli produk tidak bertoksik:
    Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya.
  7. Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik:
    Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.

Reuse – Guna Semula
  1. Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di rumah.
  2. Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap.
  3. Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.
  4. Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak boleh digunakan lagi.
  5. Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.
  6. Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.
  7. Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula.

Recycle – Kitar Semula

1.  Kitar semula di rumah:
  • Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula. Asingkan bahan-bahan ini mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong kitar semula yang terdapat untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
  • Cuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahan seperti kertas, plastik, loam dan kaca. Bahan-bahan lain seperti perabot, barangan elektronik, bahan pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula.
  • Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.
2.  Mengitar semula di laman anda:
  • Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh memperbaiki alam laman anda. Mengkompos, iaitu proses pereputan bahan-bahan boleh reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan sisa dapur.
  • Mengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk mengembalikan zat-zat kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini dibiarkan mereput.
3.  Mengitar semula di sesebuah komuniti:

  • Pusat kitar semula: memberi ruang dan kemudahan kepada sesuatu komuniti untuk menghantar bahan-bahan bagi pengitaran semula.
  • Sekolah dan perniagaan: boleh memainkan peranan yang penting. Kedua-duanya boleh menjadi tempat rujukan dan memberikan kesedaran tentang kitar semula.
  • Projek-projek komuniti: jalankan aktiviti-aktiviti untuk memperbaiki dan meningkatkan aktiviti- aktiviti mengitar semula.

Sunday, 13 November 2016

Bahan-bahan Kitar Semula

 Image result for bahan yang boleh dikitar semula      Image result for bahan yang boleh dikitar semula


Seperti yang kita ketahui, tidak semua bahan buangan boleh dikitar semula. Antara bahan yang boleh dikitar semula ialah:

  1. Surat khabar
  2. Kertas-kertas dari pejabat
  3. Kertas-kertas dari pencetak
  4. Majalah dan risalah
  5. Bekas-bekas minuman
  6. Botol-botol sabun
  7. Bekas makanan
  8. Pembalut makanan
  9. Bekas aiskrim
  10. Kertas kadbod keras
  11. Bekas-bekas jem yang berunsurkan kaca
  12. Bekas-bekas makanan yang berunsurkan kaca
  13. Pakaian

Manakala bahan yang tidak boleh dikitar semula ialah:
  1. Kotak pizza atau apa-apa yang disaluti dengan minyak/bekas makanan
  2. Pinggan kertas yang telah dicemari
  3. Tisu
  4. Kertas karbon
  5. Lampin
  6. Kertas disaluti lilin/plastik
  7. Bekas makanan beku
  8. Tuala
  9. Aluminium
  10. Tin aerosol
  11. Tin cat
  12. Penggantung baju
  13. Bahan perubatan
  14. Penapis minyak
  15. Gelas minum
  16. Kaca tingkap
  17. Cermin Mentol
  18. Kaca tingkap yang pecah dan cermin kereta
  19. Kaca tahan suhu tinggi - Pyrex, Corning Ware, Vision Ware
  20. Botol legap putih
  21. Kaca yang digunakan di makmal atau hospital untuk kajian dan perubatan
  22. Cermin muka, kristal, seramik
  23. Bekas plastik yang ada sisa minyak, racun serangga atau bahan-bahan beracun (Styrofoam)

Apakah itu kitar semula ?

Fail:Recycling symbol.svg
Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.
Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan jenis kacakertaslogamplastiktekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula. Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.
Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain. Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain (contoh., kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari komponen komputer), atau akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan).