Sunday, 20 November 2016

Kelebihan Mengamalkan Kitar Semula

kelebihan mengamalkan kitar semula:

1.  mengelakkan pencemaran alam sekitar.

Melalui program kitar semula, bahan-bahan buangan seperti kertas, kaca dan plastik akan dikumpulkan dan dihantar ke kilang kitar semula. Oleh itu, alam sekitar akan menjadi bersih kerana bahan buangan tidak dibuang sesuka hati ke dalam sungai, laut atau semak. Sesungguhnya, alam sekitar yang bersih akan menghindarkan kita daripada penyakit yang dibawa oleh nyamuk, lipas dan tikus.

2.  menambahkan pendapatan

Bahan--bahan buangan seperti plastik, kertas dan besi ada harganya di pasaran. Kita akan memperolehi wang apabila menjual barang-barang ini kepada pihak kilang kitar semula. Wang yang kita perolehi ini boleh digunakan untuk membeli barang-barang keperluan harian kita.

3.  memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. 


Antara nilai-nilai murni tersebut ialah berjimat cermat, bertanggungjawab dan mencintai alam sekitar. Melalui amalan berjimat cermat, kita akan menggunakan bekas plastik sehingga rosak dan tidak membazir. Melalui amalan bertanggungjawab pula, kita akan mengitar semula barangan yang boleh dikitar semula dan tidak akan membuangnya ke dalam semak atau ke dalam sungai.

4.  menjimatkan sumber alam yang semakin berkurangan. 


Dengan aktiviti kitar semula kertas-kertas lama, kita dapat mengelakkan penebangan pokok bagi menghasilkan kertas. Kitar semula besi buruk pula dapat mengelakkan logam besi cepat habis. Bagi bahan plastik pula, kita bukan sahaja dapat menjimatkan sumber untuk membuat bahan plastik tetapi kita juga dapat mengelakkan kesan buruk daripada bahan kimia yang dihasilkannya.

4 comments: